PENCARIAN BUKU UNTUK HEBATKAN DAKWAH?

Ini lah tempatnya!

PICK UP FROM STORE

No problem!

BERMINAT DROPSHIP?

Hubungi kami SEGERA: 0103194686

Belitan Tipu Daya Iblis: Syarah Terpilih Kitab Talbis Iblis Ibnu Jauzi

Belitan Tipu Daya Iblis: Syarah Terpilih Kitab Talbis Iblis Ibnu Jauzi
Click image for Gallery
  • RM30.00
  •  
+
-


Talbis Iblis adalah kitab karangan Imam Ibnu Jauzi berkaitan dengan tipu daya Iblis dan syaitan kepada umat manusia. Buku ini adalah kitab klasik yang menjadi rujukan ramai. Ia membicarakan mengenai kaedah-kaedah iblis dan syaitan untuk memperdaya manusia untuk melakukan perkara jahat dan dilarang oleh Allah s.w.t.
 
Dr. Zaharuddin Abdul Rahman mengambil inisiatif untuk memilih sebahagian daripada bab-bab penting dalam buku dan membahasnya mengenai kesesuaian konteks masyarakat semasa. Buku baru ini diberikan judul "Belitan Tipu Daya Iblis; Syarah Terpilih Kitab Talbis Iblis Ibu Jauzi".
 
Format buku ini adalah buku santai tetapi berfakta, ia tidak tergolong di dalam kategori buku ilmiah mahupun separa ilmiah. Tiada nota kaki disediakan kerana kebanyakannya adalah dipetik daripada syarah dan tahqiq Dr. Zaharuddin sewaktu berceramah. Pun begitu, setiap hadith akan diberikan rujukannya.
 
Buku ini juga tidak menghuraikan keseluruhan kitab Talbis Iblis, tetapi sebagaimana disebut di kulit buku ini, hanya syarah terpilih daripada kitab sahaja yang dimuatkan. Sekali lagi, dengan hasrat memilih tajuk-tajuk yang kontemporari dan dengan begitu mudah difahami oleh pembaca.

MAKNA TALBIS IBLIS
 
Talbis maksudnya menampakkan kebatilan dalam rupa kebenaran.
 
Berkata Imam Al-Jauzi, "Makna ghurur itu seperti kejahilan yang menimbulkan keyakinan bahawa yang rosak itu lurus dan hina itu bagus. Sebabnya ialah rasa waswas. Iblis menyusup ke dalam diri manusia bergantung kepada kadar yang mungkin, boleh bertambah dan boleh berkurang, bergantung kepada kadar yang dimungkinkannya, bergantung kepada kadar kesedaran dan kelalaian manusia, kemahiran dan kejahilannya."

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha