Sale!

PRE-ORDER: TAFSIR AL-AZHAR (SET LENGKAP 30 JUZUK)

RM750.00 RM600.00

Description

* Saiz setiap juzuk: 6 inci x 9 inci

* Purata ketebalan setiap juzuk: 1 inci

* Anggaran ketebalan untuk satu set lengkap 30 juzuk: 30 inci

* Tulisan asal HAMKA dalam Bahasa Melayu (Indonesia) dikekalkan. Tulisannya mudah difahami oleh penutur bahasa Melayu di seluruh nusantara.

 

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Tafsir Al Azhar cukup sesuai untuk kita memahami dan mengkaji mengenai Al-Quran.

Kenapa?

1. Tafsir Al-Azhar dikarang oleh buya Hamka, seorang ulama nusantara yang faham konteks masyarakat nusantara.

2. Tafsir Al-Azhar adalah tafsir istimewa yang meraikan citra melayu. Lengkap dengan contoh tempatan nusantara, puisi, madah, sajak dan kata-kata indah bahasa melayu.

Anak Tiung atas Rambutan, Bernyanyi Bertongkat Paruh
Tertegun Kapal di Lautan, Datang Angin Berlayar Jauh

3. Bahasa yang halus dan kandungan penafsiran yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu.

4. Tafsiran yang diperakui para ulamak dan rujukan ramai ilmuwan.

Lebih istimewa, PTS Media Group Sdn Bhd, penerbit rasmi Tafsir Al-Azhar di Malaysia sudah menerbitkan set lengkap Tafsir Edisi Pengajian yang mana keistimewaannya adalah:

1. Mengikut juzuk yang memudahkan pembaca untuk menelaah berbanding berbentuk kitab yang besar dan tebal.

2. Dalam format buku standard yang mudah dibawa ke mana-mana berbanding kulit keras dan tebal yang sukar dan berat untuk dipegang.

Kini, Set Tafsir Al-Azhar itu sudah lengkap 30 Juzuk dan sedang dalam proses cetakan.

Brand

PTS Publication

Additional information

Weight 0.5 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PRE-ORDER: TAFSIR AL-AZHAR (SET LENGKAP 30 JUZUK)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *